Bagaimana Anda Boleh Dapatkan 127 Ebook Berharga RM4810 Secara Percuma Click sini!

Ad 468 X 60

Widgets

Cara Kuruskan badan [Part 2]


"Bagaimana Mengunakan Pendedahan Diet Wanita Jepun Sebagai Diet Harian Yang Seimbang Bagi Membakar Lemak Anda Dengan Cepat!"

Pendedahan Diet Wanita Jepun.
Pada kali ini saya nak ‘share’ dengan anda semua hasil tulisan perunding pemasaran kelahiran Jepun, Naomi Moriyama menerusi bukunya berjudul Japanese Women Don't Get Old or Fat, menyelongkar petua di sebalik gaya hidup wanita negara matahari terbit itu yang muda bertenaga. 

Dia bukanlah pengamal diet, tetapi rahsianya mudah saja, menikmati masakan rumah cara Jepun. Dia juga yakin jangka hayat hidup yang panjang dan  kadar obesiti yang rendah di kalangan masyarakat Jepun banyak berkait dengan jenis makanan disediakan di rumah. 

Membesar di Tokyo dan kini tinggal di New York, Amerika Syarikat, Naomi pernah mengalami pertambahan berat lebih 10 kilogram dengan ketinggian hanya 150 sentimeter ketika menuntut di kolej kerana banyak menikmati makanan Amerika. 

Dia dan suaminya kini bertukar kepada cara makan tradisional Jepun. Lebih langsing dan bertenaga, dia berkongsi strategi pemakanannya yang digelar sebagai tujuh rahsia dapur Tokyo.

Rahsia pertama, makanan yang menjadi keutamaan termasuk ikan, soya, nasi, sayur-sayuran dan buah-buahan. Kedua, sajian makanan adalah kecil. Ketiga, sup miso menjadi sajian sarapanutama.

Keempat, memasak secara sederhana. Kelima, nasi menggantikan roti. Keenam, hanya jamah makanan pencuci mulut.

Ketujuh, wanita Jepun lazimnya tidak mengamalkan diet sebaliknya hanya makan apa saja yang digemari dalam jumlah sedikit.

cara cara diet

Naomi mengakui masyarakat Jepun juga tidak makan hingga kenyang sepenuhnya kerana lazimnya mereka makan hingga 80 peratus kenyang. Mereka juga banyak berjalan iaitu mereka mengambil peluang untuk berjalan ke mana saja.

"Makanan Jepun memberi tumpuan terhadap tenaga makanan yang dihasilkan dalam saiz yang memuaskan. Tidak perlu masak cara Jepun untuk menikmati asas diet yang menyihatkan, hanya makan lebih ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan serta tambah beberapa pilihan menyihatkan seperti taufu dan nasi," kata Naomi.

Menurutnya, cara hidup dan diet itu juga membuatkanmasyarakat Jepun baik lelaki atau wanita, hidup lebih lama dan sihat.

Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangka hayat wanita dan lelaki Jepun adalah 86 serta 79 tahun berbanding warga Amerika, 80 tahun (wanita) dan 75 tahun (lelaki).

Selain itu, masyarakat Jepun mencatatkan kadar obesiti paling rendah di kalangan negara maju iaitu kira-kira tiga peratus berbanding 11 peratus untuk Perancis dan 32 peratus Amerika.

"Mungkin ramai yang kata ia sebahagian daripada genetik kami, tetapi apabila orang Jepun mula mengamalkan cara pemakanan Barat, mereka cepat mengalami pertambahan berat badan," kata Naomi sambil menambah petua, seseorang itu harus makan dengan mata.

Menurutnya, keajaiban makan cara Jepun adalah keseimbangan yang menyihatkan dari segi inti makanan serta menyajikan makanan lazat yang rendah kalori. Di samping itu, makanan harus disajikan cantik menerusi jumlahnya yang kecil dalam pinggan kecil molek.

"Menerusi cara itu, ia menggalakkan seseorang untuk'makan dengan mata' dengan menikmati keindahan makanan. Hasilnya, kita akan makan denganperlahan untuk menikmati setiap gigitan.

"Ini juga bermaksud, seseorang itu akan makan dalamjumlah yang sedikit kerana ia memberikan masa kepada otak untuk sedar bahawa tubuh kita sudah kenyang," katanya.

Menurutnya, secara purata masyarakat Jepun makan kira-kira 25 peratus kurang kalori setiap hari berbanding warga Amerika.

Makan hanya lapan peratus kurang daripada jumlah kalori setiap hari sambil meningkatkan aktiviti fizikal secara sederhana, mungkin memadai  untuk menggalakkan usia yang lebih panjang, menurut penyelidikan Kolej Perubatan Universiti Florida.







SHARE THIS POST   

  • Facebook
  • Twitter
  • Myspace
  • Google Buzz
  • Reddit
  • Stumnleupon
  • Delicious
  • Digg
  • Technorati
Author: Mohammad
Mohammad is the founder of STC Network which offers Web Services and Online Business Solutions to clients around the globe. Read More →

0 ulasan:



Kami Ada Satu HADIAH Panduan yang Sangat POWER Untuk Anda MILIKINYA Sekarang!


Panduan Update Twitter Secara Automatik!

panduan automatik twitter

Panduan ini mengajar anda teknik menguruskan bisnes online anda secara automatik di twitter tanpa perlu login akaun twitter anda. Hanya setup iklan di twitter anda dan anda tidak perlu untuk buat apa-apa lagi. Biarkan ia berfungsi secara automatik! Jadikan twitter anda sebagai mesin yang mempromosikan produk anda selama 24 jam dalam 7 hari seminggu tanpa henti!!

Sila Masukan NAMA Serta Alamat EMAIL Anda Pada Ruangan FORM dibawah SEKARANG Untuk DOWNLOAD Ebook Ini Secara PERCUMA!!


Nama Anda

E-mail Anda






Cerita HOT Malaysia!