Bagaimana Anda Boleh Dapatkan 127 Ebook Berharga RM4810 Secara Percuma Click sini!

Ad 468 X 60

Widgets

Tafsiran Mimpi!


"Bagaimana Mengetahui Ramalan Dan Makna Mimpi Mengikut Tafsiran Al-Quran, As-Sunnah Dan Kiasan Menurut Islam!"

Apa itu mimpi? 
Mimpi adalah gambaran yang dicipta Allah dan dilihat manusia di dalam tidur mereka.

Apakah jenis mimpi? 
Mimpi mempunyai 3 jenis:
  1. Gambaran yang diciptakan Allah sebagai alamat kepada  perkara lain sama ada yang akan datang ataupun yang sudah berlalu. 
  2. Gambaran terhadap yang berlaku ke atas si empunya diri sebelumnya sehingga terbawa-bawa di dalam tidur.
  3. Gambaran yang dimasukkan syaitan ke dalam tidurnya bertujuan menakut atau menyedihkannya. 

Apa dalilnya? 
Nabi SAW bersabda: “Mimpi tiga jenis:
  1. Mimpi yang benar sebagai berita gembira dari Allah.
  2. Mimpi menyedihkan daripada syaitan.
  3. Mimpi yang berkaitan dengan apa yang berlaku kepadadirinya.” 

Riwayat Syaikhani
Apakah beza mimpi yang benar dan mimpi biasa? 
Mimpi yang benar berasal dari Allah manakala mimpi biasa terutamanya mimpi burukdatang dari syaitan.

Bilakah waktu yang paling benar mimpinya? 
Malam: Pada waktu sahur. Ini kerana waktu tersebut rahmat dan keampunan dari Allah dan diamnya syaitan.
Siang: Pada waktu ‘qailulah’ (waktu yang disunatkan tidur sebelum tergelincirmatahari; bermakna masuknya waktu solat Zuhur).

Apakah dia mimpi buruk a.k.a nightmare?
Semuanya adalah angkara gangguan syaitan. Nabi SAW bersabda bahawa: Mimpi ada tiga jenis: “Antaranya permainan syaitan untuk menyebabkan anak Adam menjadi sedih.”

tafsiran mimpi

Siapakah yang mimpinya paling benar? 
  1. Para nabi: Semua mimpi mereka benar-benar belaka. 
  2. Orang soleh: Selalunya benar. 
  3. Selain mereka: Kadang-kadang benar dan kadang-kadang sebaliknya. 
Mimpi mu’min lebih benar dari kafir.
Mimpi alim lebih benar dari si jahil.
Mimpi orang tua lebih benar dari orang muda.

Setiap manusia mimpi mereka bergantung kepada jiwa agama mereka. Akhlak mereka. Keadaan dan sifat mereka!!!

Apakah adab-adab jika bermimpi mimpi yang benar? 
  1. Pertamanya, hendaklah mengucap “Alhamdulillah” dan memuji Allah. 
  2. Mengkhabarkan berita gembira tersebut kepada orang yang berautoriti untuk mentafsirnya.
  3. Menghebahkan kepada mereka yang menyayangi anda dan bukan yang memusuhi anda. 

Apakah adab jika bermimpi buruk? 
  1. Anda mesti ber’istia’zah’: Mengucapkan ‘A’uzubillah…dari sebarang kejahatan mimpi itu. 
  2. Istia’zah dari gangguan syaitan sebanyak tiga kali. 
  3. Ludah ke sebelah kiri (syarat sahaja). Untuk menghalau dan menghina syaitan yang datang mengacau. Kiri,kerana ia tempat yang tidak baik dan tiga kali kerana menggambarkan kesungguhan…. 
  4. Tukar posisi tidur. Dari kanan ke kiri atau sebaliknya. Bila kita mengubah posisi bermakna kita mengubah gambaran yang terdapat di dalammimpi. WAllahu a’lam!! 
  5. Terus bersolat. Untuk mendekatkan diri kepada Allah. 
  6. Jangan menghebahkan kepada orang ramai. 
  7. Jangan cuba mentafsir sendiri mimpi tersebut. Rujuk kepada ahlinya. 

Apakah hukum bertanya berkenaan mimpi? 
Hukumnya adalah sunat. Sekiranya bertanya dapat pahala. Kalau tak tanya pun tak dapat dosa…Jadi apa lagi…bertanyalah anda jika tidak tahu! Ini kerana mengikut perbuatan nabi SAW!

Apakah hukum orang yang menipu apa yang dimimpinya? 
Haram dan berdosa.

Apakah adab seseorang yang ingin mendapat mimpi benar? 
  1. Jangan melambatkan tidur selepas solat Isyak. 
  2. Berusaha untuk tidur dalam keadaan wuduk. 
  3. Mula tidur di atas lambung kanan dan berbantal di sebelah kepala kanan. 
  4. Baca doa sebelum tidur dan berzikir sekadarnya sambil menunggu waktu tertidur. Antaranya: Tadah tangan dalam keadaan duduk dan baca 3 Qul. Tiup di tangan sehingga habis nafas dan sapukan di seluruh badan. Mula dengan kepala, muka dan seluruh tubuh. Sapu tiga kali. 

Bagaimana seseorang bermimpi jumpa nabi saw?
Sesiapa yang bermimpi berjumpa nabi Muhammad saw sebenarnya mereka memang berjumpa nabi! Ini kerana syaitan tidak boleh menyerupai nabi saw. Mimpi berjumpa nabi saw dalam keadaan jelas dan sempurna sifat bermaksud anda adalah calon penghuni syurga!!! Namun, jika gambaran nabi saw tidak jelas bermaksud anda masih banyak dosa sehingga tidak ‘dibenarkan’ melihat kecantikannya yang sejati.Ini adalah peringatan supaya anda terus bertaubat dan beramal soleh. Apapun, anda masih dikira bertuah dan calon orang yang soleh!!!

Dalil?
Hadis riwayat Bukhari: Sabda nabi saw: “Sesiapa yang melihatku dalam keadaan tidur maka sebenarnya dia memang melihatku. Ini kerana syaitantidak boleh menyerupaiku. Mimpi benar seorang mu’min adalah satu juzu’ dari 46 juzu’ kenabian.”

"Jika Anda Melihat Kandungan Pada Entri Seterusnya, Anda Akan Ditunjukkan Bagaimana Mendapatkan Makna Sebenar Mimpi Anda Mengikut Tafsiran Al-Quran, Hadis Dan Kiasan!"









SHARE THIS POST   

  • Facebook
  • Twitter
  • Myspace
  • Google Buzz
  • Reddit
  • Stumnleupon
  • Delicious
  • Digg
  • Technorati
Author: Mohammad
Mohammad is the founder of STC Network which offers Web Services and Online Business Solutions to clients around the globe. Read More →

0 ulasan:



Kami Ada Satu HADIAH Panduan yang Sangat POWER Untuk Anda MILIKINYA Sekarang!


Panduan Update Twitter Secara Automatik!

panduan automatik twitter

Panduan ini mengajar anda teknik menguruskan bisnes online anda secara automatik di twitter tanpa perlu login akaun twitter anda. Hanya setup iklan di twitter anda dan anda tidak perlu untuk buat apa-apa lagi. Biarkan ia berfungsi secara automatik! Jadikan twitter anda sebagai mesin yang mempromosikan produk anda selama 24 jam dalam 7 hari seminggu tanpa henti!!

Sila Masukan NAMA Serta Alamat EMAIL Anda Pada Ruangan FORM dibawah SEKARANG Untuk DOWNLOAD Ebook Ini Secara PERCUMA!!


Nama Anda

E-mail Anda






Cerita HOT Malaysia!