Cara Pelajar Cemerlang [Part 3]
"Bagaimana Anda Boleh Menjadi Pelajar Cemerlang Di Universiti Dan Seterusnya Tersenarai Dalam Senarai Dekan CGPA Kelas Pertama!"
Cara Pelajar Cemerlang 3:
Trik kejayaan daripada pelajar terbaik yang mesti anda ketahui
Ini adalah beberapa trik atau strategi pelajar cemerlang yang selalu mereka amalkan dan perkara ini dan perbuatan ini adalah secara tidak langsungnya telah sebati dalam diri mereka untuk berjaya.
Antaranya:
1. Perkara pertama selalu difikirkan adalah CGPA. Mereka memikirkan CGPA setiap masa.
Bagi setiap pelajar yang mampu mencapai CGPA melepasi 3.5 ke atas, didapati kebanyakan mereka selalu memikirkan CGPA. CGPA bagimereka adalah perkara utama. Jadi, anda sebagai calon pelajar cemerlang hendaklah selalu dan mempraktikkan keupayaan meletakkan status CGPA andasebagai perkara utama dalam pengajian anda sekarang.
2. Memulakan pembelajaran seawal kelas pertama bermula.
Pelajar cemerlang selalunya mengulangkaji pelajaranyang akan dan sedang dipelajari seawall mungkin dan mampu memahaminya sebelum kelasbermula. Mereka akan bertungkus-lumus mengadakan perbincangan dengan kawan-kawan atau bertanya dengan pensyarah bagi subjek yang agak susah untuk skor. Dan subjek yang mereka tumpukan adalah berbeza kerana mereka mempunyai strategi belajar dan tumpukan
kepada jam kredit subjek dan bukannya subjek yang disukai.
3. Meramal CGPA seawal mungkin bukan selepas mendapat transkrip semester.
Saya pernah bertanya kepada kawan saya yang mempunyai CGPA yang tinggi, kenapa mereka dapat mencapai CGPA begitu baik? Jawapan yang diberikan adalah amat mengejutkan kerana jawapannya adalah mereka berkemampuan untuk meramal berapakah CGPA mereka akan perolehi sekiranya mereka mengambil subjek itu dan subjek ini. Ini adalah satu kelebihan yang semestinya kita miliki untuk menjadi pelajar cemerlang.
4. Mempunyai keinginan yang tinggi untuk mendapatkan CGPA setinggi mungkin.
Pelajar berjaya mempunyai keinginan yang tinggi untuk berjaya dan mengatasi segala-galanya. Mereka bukan hanya ingin berjaya bersaing dengan kawan-kawan mereka tetapi ingin membuktikan bahawa mereka mampu berjaya dan boleh melakukan sesuatu ke tahap maksima. Ada sesetangah pelajar yang mendapat CGPA yang tinggi sanggup tidak tidur sehingga pagi semata-mata untuk belajar kerana subjek tersebut adalah subjek yang mempunyai jam kredit yang tinggi dan subjek penting dalam pengajiannya.
5. Tidak putus asa dan sanggup bersusah payah.
Trik kejayaan ini adalah trik yang selalu dilakukan oleh ramai pelajar cemerlang. Mereka tidak putus asa di tengah jalan. Walau mereka diberi kursus yang bukan mereka minati, mereka sanggup untuk menghabiskan kursus pengajian mereka sehingga berjaya. Bagi mereka, sekiranya diberi kursus pengajian apa sekalipun,
sekiranya mereka tidak berusaha bersungguh-sungguh segalanya adalah sia-sia.
6. Banyak melakukan kesilapan semasa belajar, bukan semasa peperiksaan.
Kenapa seseorang pelajar terbaik memperolah kejayaan adalah kerana mereka melakukan begitu banyak kesalahan dan berlatih tubi dengan bersungguh-sungguh semasa belajar. Mereka sanggup untuk melakukan banyak latihan dan menggunakan banyak kaedah pembelajaran. Mereka akan menumpukan banyak latihan seperti subjek matematik yang memerlukan banyak pengiraan. Subjek untuk hafalan mereka
menggunakan cara kaedah Mind Map.
7. Belajar dengan menumpukan masa yang lama setiap hari.
Kebanyakan pelajar kelas pertama adalah pelajar yang menumpukan pelajaran dan juga mempergunakan masa belajar mereka dengan baik sekali. Mereka belajar sekurang-kurangnya 3-4 jam sehari dan adakalanya belajar sehigga 6-8 jam sehari bagi satu-satu subjek. Malahan, tumpuan mereka pada masa mereka belajar adalah 100%. Anda akan boleh memperbaiki CGPA anda sekiranya anda inginkan perubahan dalam hidup anda
Author: Mohammad
Mohammad is the founder of STC Network which offers Web Services and Online Business Solutions to clients around the globe. Read More →
Related Posts:
cara menjadi pelajar cemerlang cara pelajar cemerlang contoh pelajar cemerlang menjadi pelajar cemerlang pelajar cemerlang pelajar cemerlang spm petua pelajar cemerlang tips pelajar cemerlang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kami Ada Satu HADIAH Panduan yang Sangat POWER Untuk Anda MILIKINYA Sekarang!
Panduan ini mengajar anda teknik menguruskan bisnes online anda secara automatik di twitter tanpa perlu login akaun twitter anda. Hanya setup iklan di twitter anda dan anda tidak perlu untuk buat apa-apa lagi. Biarkan ia berfungsi secara automatik! Jadikan twitter anda sebagai mesin yang mempromosikan produk anda selama 24 jam dalam 7 hari seminggu tanpa henti!!
0 ulasan: