Bagaimana Anda Boleh Dapatkan 127 Ebook Berharga RM4810 Secara Percuma Click sini!

Ad 468 X 60

Widgets

Cara Pelajar Cemerlang [Part 2]


"Bagaimana Anda Boleh Menjadi Pelajar Cemerlang Di Universiti Dan Seterusnya Tersenarai Dalam Senarai Dekan CGPA Kelas Pertama!"


Cara Pelajar Cemerlang 2:
5 faktor kritikal yang menyumbang kejayaan anda di IPT yang mesti anda ketahui.

1. Kejayaan ujian pertama dan ujian kedua bukanlah penyumbang utama CGPA anda.
Pernyataan ini agak mengelirukan jika anda tidak faham, Kebanyakan pelajar hanya menumpukan kepada kesusahan dalam menjalankan kehidupan sebagai seorang pelajar dengan penuh tekanan assigment dan masalah ujian yang berlambak. Sekiranya anda inginkan kejayaan dalam subjek yang  diambil, jangan anda tumpukan berapa A yang anda dapat skor dalam ujian satu dua,Sebaliknya menumpukan gred A bagi subjek yang diambil bagi markah keseluruhan subjek.

2. Jangan fokus subjek yang disukai, fokus jam kredit subjek yang banyak.
Kebanyakan pelajar-pelajar yang saya jumpa akan membincangkan tentang subjek yang mereka seronok belajar dan dengan harapa mereka akan skor dalam subjek tersebut. Keadaan sebegini adalah jauh daripada sangkaan pelajar-pelajar tersebut, kerana secara logiknya sekiranya subjek yang anda sukai tidak mempunyai jam kredit yang tinggi, seberapa tinggi gred yang anda skor, ianya tidak akan mempengaruhi markah purata CGPA anda. Anda disarankan untuk tidak menumpukan subjek yang  disukai sebaliknya menumpukan subjek yang lebih daripada jam kredit 3.Sekiranya ada sesuatu subjek seperti subjek projek tahun akhir, yang mana kreditnya kadangkala 12 dan kadangkala 6, anda hendaklah menumpukan tumpuan terhadapnya dan sekiranya boleh cuba skor A dalam subjek tersebut.

3. Fokus CGPA bukan masa belajar / masa.
Perkara menyisihkan masa belajar bukanlah saya sarankan untuk mengealakkan anda untuk tidak belajar. Tetapi, hendaklah selalu memeriksa CGPA anda melebihi daripada masa anda belajar. Masa yang anda tumpukan belajar  mestilah diperuntukkan berdasarkan kemampuan anda. Yang ingin saya tekankan adalh selalu memantau perkara-perkara yang menyumbangkan kepada kenaikan  CGPA anda dan tidak menumpukan kepada perkara-perkara yang tidak berkenaan.

4. Model kejayaan pelajar kelas pertama (CGPA3.75 ke atas).
Dalam sebarang kursus yang anda ambil, akan ada seseorang daripada rakan kursus anda merupakan pelajar cemerlang. Yang saya maksudkan pelajar cemerlang adalah pelajar yang mempunyai CGPA 3.5 ke atas. Apa yang selalu terjadi adalah, pelajar ini selalunya dikatakan sebagai pelajar yang terbaik dan kadangkala dicemburui oleh pelajar-pelajar lain. Sebenarnya, apa tugas anda sebagai pelajar adalah memodelkan apa yang dilakukan olehnya. Anda hendaklah membuang sikap anda tentang mencemburui kejayaan pelajar tersebut. Yang pasti dia bertungkus lumus dalam pelajarannya dan akhirnya mampu meraih CGPA yang dikehendaki. Sepanjang pemerhatian saya, saya dapati pelajar cemerlang menumpukan beberapa perkara dalam system pembelajaran berkesan yang dipraktikkan olehnya. Anataranya:
  1. Mempunyai matlamat CGPA yang begitu jelas 
  2. Menumpukan masa yang lebih untuk belajar 
  3. Mempraktikkan pembelajaran berkesan 
  4. Perbaiki kelamahan diri dengan segera dengan bantuan yang diperolehi 

5. Ada masalah subjek terus tanya pensyarah.
Pembelajaran anda akan melalui beberapa kesusahan dan seringkali akan menimpa anda dari masa ke
semasa. Anda hendaklah mempunyai  strategi anda untuk menyelesaikan masalah anda tentang pembelajaran anda. Perkara yang anda mesti lakukan adalah menyelesaikan masalah yang anda hadapi tentang sesuatu subjek dengan segera. Anda hendaklah menyelesaikan masalahsubjek yang diambil seberapa segera yang mungkin. Mulakan dengan bertanya kepada kawan-kawan dahulu tentang masalah subjek anda. Sekiranya tidak puas hati, bertanya dengan tutor atau moderator kursus anda. Sekiranya anda masih belum berpuas hati dengan jawapan yang diperolehi, bertanya terus kepada pensyarah yang terlibat. Saya mempraktikkan strategi ini semasa saya di universiti dan nyata ianya berkesan. Kesan yang akan anda dapat adalah gred subjek anda akan melebihi daripada gred kawan-kawan anda. Rahsianya adalah apabila ingin bertanya kepada pensyarah tetapi pensyarah tidak berada dibilik mereka, tinggalkan nota kerana ini akan menunjukkan anda seorang pelajar yang serius dengan subjek yang pensyarah tersebut ajar.

"Mindset anda adalah perkara utama dalam pembaikan CGPA"

Strategi memperbaiki CGPA adalah penyumbang kejayaan anda.
Anda sampai satu masa merasa buntu untuk mengenalpasti apa yang perlu dibuat untuk mencapai kejayaan di universiti.
Anda mungkin keliru dengan apa yang terjadi kepada anda?
Anda tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikannya?
Anda tidak mencapai status pelajar terbaik dalam kelas?

Itu adalah persoalan yang mungkin antara yang berlegar di dalam fikiran anda. Ada pelbagai sebab yang menyebabkan anda tidak menunjukkan prestasi yang baik di universiti.

Saya senaraikan apa yang sering menjadi isu dalam pembelajaran yang tidak 
berkesan. 
  1. Persediaan kelas yang tidak baik 
  2. Subjek pilihan yang tidak minat 
  3. Pensyarah yang tidak memberi galakan 
  4. Disiplin diri sendiri 
  5. Teknik belajar iaitu sebelum, semasa dan selepas 
  6. Spot soalan lepas yang tidak mengena
  7. Saya boleh senaraikan beratus-ratus punca seseorangpelajar tidak mencapai kejayaan dalam prestasinya. 

Apa yang ingin ditekankan, bahawa sebenarnya apa yang paling penting dalam pembelajaran universiti adalah bukan faktor-faktor tersebut. Yang menjadi isu sekarang adalah  bagaimana anda mengatur strategi sebagai pelajar terbaik. Caranya adalah dengan kaedah pembaikan CGPA anda

Belajar + Strategi = Berjaya
Belajar + Strategi Pembaikan CGPA = Kejayaan di Universiti

Ia adalah seperti mengatur strategi dalam peperangan. Dalam peperangan sekiranya anda mempunyai strategi  yang baik dan berkesan, kemenangan adalah di pihak anda.

"Ubah strategi anda, ubah hasil yang anda dapat"





SHARE THIS POST   

  • Facebook
  • Twitter
  • Myspace
  • Google Buzz
  • Reddit
  • Stumnleupon
  • Delicious
  • Digg
  • Technorati
Author: Mohammad
Mohammad is the founder of STC Network which offers Web Services and Online Business Solutions to clients around the globe. Read More →

0 ulasan:



Kami Ada Satu HADIAH Panduan yang Sangat POWER Untuk Anda MILIKINYA Sekarang!


Panduan Update Twitter Secara Automatik!

panduan automatik twitter

Panduan ini mengajar anda teknik menguruskan bisnes online anda secara automatik di twitter tanpa perlu login akaun twitter anda. Hanya setup iklan di twitter anda dan anda tidak perlu untuk buat apa-apa lagi. Biarkan ia berfungsi secara automatik! Jadikan twitter anda sebagai mesin yang mempromosikan produk anda selama 24 jam dalam 7 hari seminggu tanpa henti!!

Sila Masukan NAMA Serta Alamat EMAIL Anda Pada Ruangan FORM dibawah SEKARANG Untuk DOWNLOAD Ebook Ini Secara PERCUMA!!


Nama Anda

E-mail Anda






Cerita HOT Malaysia!