Cara Pelajar Cemerlang!
"Bagaimana Anda Boleh Menjadi Pelajar Cemerlang Di Universiti Dan Seterusnya Tersenarai Dalam Senarai Dekan CGPA Kelas Pertama!"
Setiap pelajar tidak kira pelajar pengajian tinggi, sekolah rendah ataupun pelajar sekolah menengah inginkan menjadi seorang pelajar yang pintar dan cemerlang dalam peperiksaan. Berbohonglah jika seorang pelajar tiada perasaan ingin menjadi pelajar tercemerlang dalam bidangnya dan tersangat bohonglah jika dia tiada perasaan cemburu kepada rakan yang lebih tinggi IQnya.
Sebenarnya setiap manusia dijadikan tuhan sebagai seorang pandai berfikir, mana tidaknya setiap manusia boleh berfikir mana yang baik dan mana yang tidak baik atau mana yang boleh dilakukan dan yang tidak boleh dilakukan. Semua itu manusia boleh berfikir. Tetapi yang membezakan antara manusia adalah kecerdasan otak dan pemikiran yang matang dalam melakukan sesuatu tindakan. Ada sesetengah manusia dijadikan tuhan untuk cekap dan cepat berfikir dan ada sesetengah manusia yang memerlukan cedukan idea dan sedikit usaha.
Sebagai contoh dua orang pelajar pergi kuliah iaitu Ali dan Abu untuk mempelajari ilmu matematik, Didalam kelas kedua-dua pelajar ini fokus dan menumpukan pelajarannya didalam kelas. Pada keesokan harinya, pensyarahnya membuat kuiz berkaitan pembelajarannya semalam tetapi dipusingkan sedikit persoalannya. Apabila mendapat keputusan, markah Ali jauh lebih tinggi daripada Abu. Persoalannya disini adakah Ali lebih pandai dan cerdik daripada Abu atau Abu itu sendiri adalah seorang yang lembab dan bodoh? Sedangkan mereka mempelajari ilmu itu sama-sama dan sememangnya mereka faham dan fokus dalam kelas tersebut? Sentiasa berlakukan?
Jawapannya telah pun terjawab iaitu Ali adalah seseorang yang dikurniakan tuhan sebagai seorang yang cekap dan cepat berfikir dalam memyelesaikan sesuatu permasalahan dengan pemikiran yang luas sedangkan Abu memerlukan bantuan, latihan, perusahan gigih, dan juga motivasi untuk meningkatkan prestasi fikirannya.
Tetapi percaturan anda jangan silap! Mengikut kajian saya, percaya atau tidak sebenarnya Abu adalah seorang yang jauh lebih rajin daripada Ali. Kerajianan ini adalah kurniaan tuhan kepadanya! Maka, entri kali ini akan mempromosi dan membincangkan cara pelajar cemerlang menguasi kemahiran berfikirnya sekaligus memberi motivasi kepada kita untuk berjaya sehingga kita keluar untuk mencari kerja sebagai seorang yang tinggi pengiktirafannya selaku seorang pelajar kelas pertama. Insya Allah.
Jadi, kita berbalik kepada tajuk bagaimana caranya untuk menjadi seorang pelajar cemerlang dan secara rasminya tersenarai dalam senarai pelajar kepujian dekan dalam universiti dengan CGPA kelas pertama.
Cara Pelajar Cemerlang 1:
Bina Mindset Pelajar Cemerlang
Bina Mindset Pelajar Cemerlang
Setiap tindakan samada positif atau negatif yang dilakukan adalah bermula dengan mindset. Dalam pembelajaran di universiti, anda akan memerlukan membina mindset yang betul untuk membina kejayaan dan memperolehi CGPA yang baik.
"Pemikiran anda adalah penyumbang kepada kejayaan anda di universiti."
Apabila anda didedahkan dengan kaedah memperbaiki CGPA anda, anda serba sedikit akan merasakan ragu-ragu kerana selama ini anda telah pun berusaha sebaik mungkin dan ada juga sesetengahnya telah pun berpuas hati dengan apa yang telah dicapai selama ini.
Penggunaan kaedah baru pembaikan CGPA anda adalah merupakan penggunaan habit baru yang mana akan memberi keuntungan kepada masa depan anda sama ada kebaikan mendapatkan biasiswa (jika belum mendapat biasiswa), mendapat pekerjaan yang baik, malahan boleh menyambungkan pelajaran ketahap yang lebih tinggi sekirangan anda mempunyai CGPA yang cemerlang.
Ia umpama anda menggunakan tangan kanan dan sekarang anda mula menggunakan tangan kiri anda untuk menulis.
Proses aplikasi kaedah pembaikan CGPA ini adalah satu proses yang mengambil masa beberapa minggu dan akan lebih cepat serasi dengan anda sekiranya anda betul-betul komited untuk memperbaiki CGPA anda.
Anda boleh menukarkan perasaan negatif anda untuk menuju kejayaan dengan melihat apa-apa perkara yang akan merubah kehidupan anda sekiranya anda boleh memperbaiki CGPA anda pada semester ini.
Anda boleh menyenaraikan apa yang akan anda capai sekiranya anda menjadi pelajar terbaik di universiti anda dan apa yang akan anda rasakan sekiranya anda adalah pelajar pilihan fakulti ataupun sekolah anda.
"Tukarkan pemikiran negatif anda kepada pemikiran positif"
Seperti andainya anda rasa anda tidak boleh lakukan, anda boleh tukarkan dengan menyatakan anda sebenarnya boleh melakukan dengan belajar strategi yang saya dedahkan.
Sekiranya anda berkata “susahnya subjek ini”, anda boleh menukarnya dengan “subjek ini adalah subjek yang mencabar, terdapat orang yang mendapat gred tinggi dalam subjek ini, mereka boleh aku pun boleh”.
Penukaran dari pemikiran negatif kepada pemikiran positif akan memberi kesan baik sekiranya diamalkan kerana anda akan lebih terarah kepada perkara-perkara positif. Jadi, binalah kuasa pemikiran positif anda dan anda akan berpuas hati nanti.
"Apa yang anda fikirkan, itulah yang selalu akan terjadi"
Author: Mohammad
Mohammad is the founder of STC Network which offers Web Services and Online Business Solutions to clients around the globe. Read More →
Related Posts:
cara menjadi pelajar cemerlang cara pelajar cemerlang contoh pelajar cemerlang menjadi pelajar cemerlang pelajar cemerlang pelajar cemerlang spm petua pelajar cemerlang tips pelajar cemerlang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kami Ada Satu HADIAH Panduan yang Sangat POWER Untuk Anda MILIKINYA Sekarang!
Panduan ini mengajar anda teknik menguruskan bisnes online anda secara automatik di twitter tanpa perlu login akaun twitter anda. Hanya setup iklan di twitter anda dan anda tidak perlu untuk buat apa-apa lagi. Biarkan ia berfungsi secara automatik! Jadikan twitter anda sebagai mesin yang mempromosikan produk anda selama 24 jam dalam 7 hari seminggu tanpa henti!!
0 ulasan: