Cara Pelajar Cemerlang [Part 4]
"Bagaimana Anda Boleh Menjadi Pelajar Cemerlang Di Universiti Dan Seterusnya Tersenarai Dalam Senarai Dekan CGPA Kelas Pertama!"
Cara Pelajar Cemerlang 4:
Cara tersembunyi mencipta kejayaan CGPA walau mempunyai subjek susah untuk skor.
Cara rahsia tersembunyi dalam mencapai kejayaan dalam subjek yang susah di skor ada beberapa kaedah. Kaedah ini hanya berkesan sekiranya anda mengaplikasikan dengan komitmen dan konsisten. Ianya haruslah digunakan secara mendalam dan menyeluruh dalam subjek-subjek lain juga.
1. Mempunyai keinginan untuk skor A.
Perkara utama yang anda mesti ada adalah keinginan untuk mendapat skor yang terbaik dan sudah tentu skor A adalah apa yang andainginkan. Pastikan anda mengetahui berapa markah yang diperlukan untuk mendapatkan skor A tersebut samada A adalah 80 markah atau 90 markah.
2. Mengumpul maklumat pemarkahan sesuatu subjek.
Perkara kedua adalah mengumpulkan apa yang dinilai dalam pembelajaran subjek tersebut. Ketahui berapa ujian yang ada dalam pembelajaran subjek tersebut. Pastikan anda tahu samada subjek tersebut mempunyai kerja kursus atau assignment yang dapat membantu menaikkan gred anda. Sekiranya tidakmendapatkan maklumat ini, cuba dekati pensyarah atau tutor yang mengajar subjek tersebut dan minta apa rangka markah untuk subjek tersebut. Pertanyaan sebegini hanyalah dilakukan oleh pelajar cemerlang. Jadi, anda adalah salah seorang yang berpotensi menjadi terbaik sekiranya mengaplikasikan habit ini.
3. Memilih strategi kejayaan.
Perkara ketiga pula adalah menetapkan strategi kejayaan. Anda hendaklah mempunyai strategi untuk menguasai subjek yang paling susah tersebut. Sistem pembelajaran adalah salah satu strategi dalam mencapai skor yangbaik dalam pembelajaran anda. Yang paling penting adalah cara pengiraan pengumpulan markah untuk mendapat gred yang paling tinggi. Pastikan anda mendalami kaedah pengumpulan maklumat markah
seperti yang diterangkan dalam Bab 5 (Pengetahuanhalatuju gred pencapaian yang telah ditetapkan).
Gunakan juga strategi pembelajaran menggunakan speed reading dan Mind Map yang mana
mempermudahkan dan memendekkan masa pembelajaran dan skor subjek dengan baik.
4. Meminta bantuan daripada sumber berkualiti.
Perkara keempat adalah meminta bantuan untuk memahami dan mangetahui trik skor dalam sesuatu subjek. Sekiranya ada masalah paling susah diselesaikan hendaklah merujuk kepada pengajar atau pensyarah. Amalan yangselalu digunakan dalam sesuatu subjek untuk mendapatkan skor tinggi adalahmewujudkan pembelajaran secara berkumpulan. Pembelajaran secara sebegini akan mengurangkan tekanan untuk mempelajari subjek susah tersebut. Anda juga disarankan untuk meminta bantuan senior yang pernah mengambil subjek tersebut. Jangan ambil mudah dengan kaedah ini kerana kadangkala senior tersebut mempunyai rahsia bagaimana mendapat markah tinggi dalam sesuatu subjek.
5. Melakukan pemantauan untuk mencapai skor A.
Perkara kelima pula adalah memantau dalam sebarang pencapaian dan memperbetulkan markah yang dicapai untuk mendapat markah sasaran yang anda tetapkan seperti gred A (80 atau 90). Pastikan setiap markah dalam ujian yang diperolehi mesti diketahui selepas markah ujian keluar. Elakkan mengabaikan perkara ini kerana ianya adalah punca utama pencapaian skoryang baik dalam sesuatu subjek.
P/S: Kesemua tips dan cara pembelajaran pelajar cemerlang ini, diambil dan dikeluarkan sedikit dalam buku 'Jom Baiki CGPA'
P/S/S: Sebanyak 14 bab rahsia yang terdapat dalam buku ini. Saya hanya mengeluarkan 3 bab rahsia sahaja untuk entri blog ini kerana bab-bab yang lain telah diamanahkan supaya tidak disebarkan kepada sesiapa pun melainkan mendapatkannya sendiri.
P/S/S/S: Terdapat Kesilapan-kesilapan besar pelajar dan tabiat pelajar di Malaysia ini yang perlu diubah pemikiran dan tindakannya kerana tabiat dan kesilapan inilah apabila diubah akan menentukan masa depan pelajar itu sendiri dari segi kesediaan, kajian semula jadi, brain wash dan motivasi. Dan kesilapan ini hanya diterangkan dalam buku Jom Baiki CGPA sahaja!
"Bagi Masa 10 Minit Sahaja Untuk Membaca, Anda Boleh Mengetahui Strategi Untuk Mendapat Dekan CGPA Kelas Pertama Dalam Universiti Anda!"

Author: Mohammad
Mohammad is the founder of STC Network which offers Web Services and Online Business Solutions to clients around the globe. Read More →
Related Posts:
cara menjadi pelajar cemerlang cara pelajar cemerlang contoh pelajar cemerlang menjadi pelajar cemerlang pelajar cemerlang pelajar cemerlang spm petua pelajar cemerlang tips pelajar cemerlang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kami Ada Satu HADIAH Panduan yang Sangat POWER Untuk Anda MILIKINYA Sekarang!

Panduan ini mengajar anda teknik menguruskan bisnes online anda secara automatik di twitter tanpa perlu login akaun twitter anda. Hanya setup iklan di twitter anda dan anda tidak perlu untuk buat apa-apa lagi. Biarkan ia berfungsi secara automatik! Jadikan twitter anda sebagai mesin yang mempromosikan produk anda selama 24 jam dalam 7 hari seminggu tanpa henti!!
0 ulasan: