Cara Menghilangkan Jerawat [Part 4]
"Bagaimana Anda Boleh Menghilangkan Parut Jerawat Muka Anda Hanya Dengan 3 Cara Mudah!"
Adakah anda seorang penghidap jerawat yang serius dimana setiap jerawat yang timbul akan menyebabkan muka anda berbekas dan berparut. Manakala parut jerawat yang timbul di muka anda akan meningkal bekas yang berpanjangan seperti gambar dibawah?
Jadi anda jangan risau lagi, kerana saya akan mendedahkan 3 cara dan kaedah mudah bagaimana untuk menghilangkan parut jerawat muka anda secara semula jadi. Malah cara dan kaedah ini lebih mudah dan murah daripada anda membeli krim dan produk yang mahal-mahal yang terdapat diluar sana yang masih belum pasti keberkesanannya.
Cara menghilangkan jerawat 1:
Menggunakan rawatan putih telur:
Putih telur mempunyai ciri-ciri penyembuhan bekas jerawat yang sangat berkuasa dan ia akan membantu menyembuhkan serta menghilangkan parut jerawat anda sedikit demi sedikit dan akhirnya parut jerawat muka anda akan kelihatan berkurangan. hal ini kerana putih telur penuh dengan protein dan asid amino yang akan menutup dan mengetatkan liang-liang muka anda untuk mencegah penimbulan jerawat baru semasa ia mencerahkan kulit muka anda.
Cara penggunaan:
Gunakan jari anda yang telah dibersihkan dan urut kulit muka anda dengan putih telur secara perlahan-lahan. Tumpukan urutan muka anda pada bahagian yang mengalami permasalahan parut jerawat. Biarkan putih telur itu kering pada kulit muka anda dan tunggu beberapa minit sebelum membilaskannya. Bilaskan muka anda dengan air yang suam untuk menyihatkan lagi kulit muka anda. lakukan langkah ini untuk 2 hingga 3 kali dalam seminggu.
Cara menghilangkan jerawat 2:
Menggunakan rawatan serbuk penaik:
Serbuk penaik? Pasti anda terkejut bukan? Serbuk penaik atau baking soda adalah nampak kasar tetapi ia menpunyai dan terdiri daripada zarah-zarah yang kecil. Zarah yang kecil ini adakah licin dan ia tidak akan merosakkan kulit muka anda. Jika kita menggunakan serbuk penaik dengan betul, ia akan mengelupaskan lapisan sel-sel yang paling atas kulit muka anda yang telah mati itu. Pengelupasan kulit mati ini oleh serbuk penaik tidak akan menyebabkan kulit sensitif muka anda meradang menjadi kemerah-merahan.
Cara penggunaan:
Campurkan sejumlah kecil sahaja serbuk penaik dengan air yang mana ia cukup untuk meratakan keseluruh muka anda. Urut campuran serbuk penaik anda itu dimuka anda terutama sekali dibahagian parut secara perlahan-lahan dengan lembut. Biarkan selama 1 minit dan bilas muka anda dengan air suam. Ulangi dan lakukan langkah ini untuk 2 hingga 3 kali dalam minggu atau bergantung kepada rutin pengelupasan kulit anda.
Cara Menghilangkan Jerawat 3:
Menggunakan minyak zaitun.
Minyak zaitun dipenuhi dengan zat besi dan vitamin A, D, E, C,
B1 dan B2. Manakala Vitamin E adalah vitamin yang semakin diiktiraf sebagai peranan penting dalam membantu
memerangi proses penuaan. Minyak zaitun kaya dengan anti-oksida dan merupakan ajen anti-radang yang sangat baik bagi membantu mencegah jerawat dan menghilangkan parut
jerawat dengan berkesan. Kerana minyak zaitun bukan komedogenik iaitu ia tidak
menyumbatkan liang muka anda. Hal ini kerana ia berkesan melarutkan kotoran dan minyak yang terperangkap
dalam liang kulit jerawat yang sudah tersumbat itu. Jadi ia adalah baik untuk rawatan jenis muka berparut jerawat.
Cara penggunaan:
Sebelum
tidur urutkan secara lembut minyak zaitun ini pada kulit wajah anda, tumpuan urutan kepada kawasan yang masalah.
Teruskan mengurut selama beberapa minit sehingga anda dapat merasakan bahawa liang
anda benar-benar tepu. Menggantungkan kain cuci yang panas berhadapan pada muka anda untuk mendapatkan wap pada kain itu dimana kaedah ini berfungsi untuk membuka liang kulit anda. Seterusnya lap minyak zaitun yang
berlebihan pada muka anda secara perlahan-lahan. Ulangi proses mengurutberserta wap ini pada muka anda sebanyak 1-2 kali sebelum bilas muka anda dengan air sejuk.
Sapukan minyak zaitun pada muka anda dengan lapisan yang sangat nipis dan biarkan selama
sekurang-kurangnya 15 minit sebelum masuk tidur.
itu sahaja tips cara menghilangkan jerawat untuk kali ini. semoga tips dan petua menghilangkan jerawat ini memberi manfaat buat anda untuk menghilangkan kepayahan parut jerawat dimuka anda itu.
"Jika Anda Berikan Masa 5 Minit Untuk Membaca Artikal Ini, Saya Pasti Anda Akan Tahu Bagaimana Anda Menggunakan Produk Mahal Tanpa Teknik Yang Betul Adalah Satu Kesilapan!"
Author: Mohammad
Mohammad is the founder of STC Network which offers Web Services and Online Business Solutions to clients around the globe. Read More →
Related Posts:
bagaimana menghilangkan jerawat cara menghilangkan jerawat jerawat menghilangkan bekas jerawat menghilangkan jerawat dengan cepat menghilangkan parut jerawat tips menghilangkan jerawat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kami Ada Satu HADIAH Panduan yang Sangat POWER Untuk Anda MILIKINYA Sekarang!
Panduan ini mengajar anda teknik menguruskan bisnes online anda secara automatik di twitter tanpa perlu login akaun twitter anda. Hanya setup iklan di twitter anda dan anda tidak perlu untuk buat apa-apa lagi. Biarkan ia berfungsi secara automatik! Jadikan twitter anda sebagai mesin yang mempromosikan produk anda selama 24 jam dalam 7 hari seminggu tanpa henti!!
0 ulasan: